Followers

Friday 20 May 2011

Kelebihan Ilmu : Khutbah Jumaat 20/5/2011

Assalamulaikum dan salam 1Ummah. Hari jumaat yang penuh dengan barakah dan keberkatan daripadaNya. Tinggal lagi satu lagi hari Jumaat pada minggu hadapan dan kemudian cuti semester akan bermula. Alhamdulillah, Khutbah Jumaat di Surau At-Taqwa, IPG Kampus Bahasa Melayu pada hari ini membincangkan mengenai kelebihan menuntut ilmu pengatahuan. Sebagai seorang bakal guru, kita sudah pasti bahawa Ilmu diperlukan oleh semua manusia untuk memandu dan membangunkan kehidupan individu, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? Bagaimana ilmu boleh dipertingkatkan? Sesetengah golongan tidak berusaha meningkatkan ilmu untuk diri, keluarga, negara dan ketamadunan. Ilmu bagi golongan ini merupakan barang yang telah hilang.
           
"Menuntut ilmu dengan menghadiri kuliah-kuliah agama di
surau/ masjid"
 Teliti saya mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib yang bertugas. Terdapat pelbagai kelebihan jika kita menuntut ilmu dan juga terdapat pelbagai perkara negatif jika sebaliknya. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Riwayat Abu ad-Darda’ r.a.          Jika kita menghayati hadis yang disampaikan oleh baginda SAW, kita dapat lihat bahawa menuntut ilmu sangat dimuliakan oleh Allah SWT sehinggakan malaikat-malaikat suka dan bersetuju dengan apa yang kita lakukan ketika menuntut ilmu.
           
Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Daripada Abu Darda', bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak"
"Ilmu dunia dan ilmu akhirat harus seimbang"
(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Menurut ulama-ulama terkemuka, dalam konteks seorang pelajar, ilmu yang dipelajari hendaklah seimbang dunia dan akhirat. Di dalam kesibukan kita mempelajari ilmu-ilmu dunia, ilmu akhirat juga penting untuk menjadi pelengkap kehidupan manusia. Usrah-usrah dan kuliah- kuliah yang adalah peluang yang baik untuk kita seimbangkan ilmu dunia dan di akhirat. Disinilah keberkatan ilmu dapat disemai dan yang menjadi penyuluh manusia di dunia. Wallahua'lam.



Rujukan:

Saturday 14 May 2011

WAJAH BAHARU BLOG KELAB RAKAN ISLAH

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam 1Ummah. Alhamdulillah, dengan wajah baharu blog Kelab Rakan Islah yang baru dibina ini, diharapkan segala urusan dan penyebaran maklumat mengenai aktiviti kelab dapat disampaikan dengan sempurna kepada semua ahli kelab. Objektif utama pembinaan blog ini bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat kepada ahli kelab malah blog ini membuka ruang kepada ahli kelab dan para pembaca yang bukan ahli kelab untuk menyuarakan pendapat masing-masing mengenai isu-isu tertentu sama ada isu-isu kerohanian/keagamaan di dalam dan di luar institut mahupun isu-isu semasa dalam dan luar negara seperti isu pencerobohan palestin dan sebagainya.
Seperti yang kita sedia maklum, Kelab Rakan Islah merupakan salah satu kelab yang menganjurkan aktiviti-aktiviti kerohanian/keagamaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Ini bermakna kelab rakan islah merupakan tonggak utama atau tulang belakang dalam perkembangan dan penyebaran dakwah islamiah kepada para pelajar institut. Blog yang baru terbina ini akan menyiarkan segala aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab rakan islah sama ada aktiviti kerohanian, kesukanan, perlaksanaan majlis dan sebagainya. Oleh itu, kerjasama dan sokongan dari ahli kelab dan para pembaca amatlah dialu-alukan supaya segala usaha penyebaran dakwah islamiah ini dapat diteruskan. Jika terdapat sesuatu perkara yang ingin dikongsikan di dalam blog ini, molek kiranya jika anda emelkan kepada pihak kelab tentang perkara yang anda ingin kongsikan di dalam blog ini. Anda boleh emelkan ke kri_ipgkbm@yahoo.com.
Perkara yang ingin dikongsikan itu akan disiarkan di dalam blog ini dengan secepat yang mungkin dan akan ditapis oleh pihak kelab jika terdapat isu-isu sensitif seperti isu perkauman, politik dan sebagainya yang dapat mengundang pelbagai masalah. Oleh itu, jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi atau sewaktu dengannya, perkongsian anda akan ditapis dan mungkin tidak akan diterima terus oleh pihak kelab untuk disiarkan di dalam blog ini.
Saya berharap agar Kelab Rakan Islah akan terus menerajui kegemilangannya di IPG KBM untuk meningkatkan penyebarannya dalam aktiviti-aktiviti kerohanian yang dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri para pelajar institut. Sekian sahaja daripada Biro Penerbitan Kelab Rakan Islah.