Followers

Thursday 13 October 2011

Kelebihan dan adab-adab Solat Jumaat


 Sudah diketahui umum bahawa hari Jumaat adalah penghulu bagi sekalian hari dan merupakan hari yang dibesarkan oleh Allah S.W.T khususnya bagi mereka yang beragama Islam.

Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Jumu’ah ayat ke 9,mafhumnya :-

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa keuzuran, akan ditanda/dicop dihatinya oleh Allah S.W.T.” (Hr Ahmad - hasan)

Contoh-contoh keuzuran : hujan, jalan yang lecah, sakit, merawat pesakit apabila tiada penjaga bagi pesakit tersebut dan lain-lain.


Diantara adab-adab solat Jumaat :

v DISUNATKAN mandi sunat Jumaat sebelum solat Jumaat.

v DISUNATKAN memotong bulu-bulu @ rambut, kuku, misai, memakai wangian dan memakai seelok-elok pakaian.

v DISUNATKAN segera ke masjid untuk solat Jumaat sebelum azan kedua diperdengarkan.

v JANGAN melangkah atau berjalan diantara makmum kecuali terdapat saf-saf kosong di depan.

v SOLAT 2 rakaat (tahiyatul masjid) sekalipun khatib sedang membaca khutbah.

v SEELOKNYA duduk berdekatan dengan tiang atau dinding masjid supaya lebih khusyu’.

v MENAHAN dengan tangan jika ada makmum lain melintasi kita ketika kita sedang solat.

v SUNAT mencari saf pertama untuk mendapat fadhilat yang lebih besar dan dekat dengan khatib untuk mendengar.

v MAKRUH solat di pasar (berdekatan masjid) atau dihalaman masjid.

v JANGAN bercakap ketika khatib sedang membaca khutbah.

v MENJAWAB azan, kemudian dengar khutbah dengan khusyu’.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang berkata kepada sahabatnya ketika khatib sedang membaca khutbah walaupun berkata diam maka sesungguhnya akan habis pahala baginya dan tiada baginya akan pahala Jumaat” (Hr Nasaie - sahih)
v MENASIHATI mereka yang sedang bercakap ketika khutbah dengan menggunakan isyarat atau baling batu.

v Dilarang memberi sedekah ketika imam sedang memberi khutbah.

pakai pakaian yang sopan


khusyuk ketika solat

Daripada: mimz

Mauizatul Mukminin (m/s 81)

04 March 2009