Followers

Saturday 14 May 2011

WAJAH BAHARU BLOG KELAB RAKAN ISLAH

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam 1Ummah. Alhamdulillah, dengan wajah baharu blog Kelab Rakan Islah yang baru dibina ini, diharapkan segala urusan dan penyebaran maklumat mengenai aktiviti kelab dapat disampaikan dengan sempurna kepada semua ahli kelab. Objektif utama pembinaan blog ini bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat kepada ahli kelab malah blog ini membuka ruang kepada ahli kelab dan para pembaca yang bukan ahli kelab untuk menyuarakan pendapat masing-masing mengenai isu-isu tertentu sama ada isu-isu kerohanian/keagamaan di dalam dan di luar institut mahupun isu-isu semasa dalam dan luar negara seperti isu pencerobohan palestin dan sebagainya.
Seperti yang kita sedia maklum, Kelab Rakan Islah merupakan salah satu kelab yang menganjurkan aktiviti-aktiviti kerohanian/keagamaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Ini bermakna kelab rakan islah merupakan tonggak utama atau tulang belakang dalam perkembangan dan penyebaran dakwah islamiah kepada para pelajar institut. Blog yang baru terbina ini akan menyiarkan segala aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab rakan islah sama ada aktiviti kerohanian, kesukanan, perlaksanaan majlis dan sebagainya. Oleh itu, kerjasama dan sokongan dari ahli kelab dan para pembaca amatlah dialu-alukan supaya segala usaha penyebaran dakwah islamiah ini dapat diteruskan. Jika terdapat sesuatu perkara yang ingin dikongsikan di dalam blog ini, molek kiranya jika anda emelkan kepada pihak kelab tentang perkara yang anda ingin kongsikan di dalam blog ini. Anda boleh emelkan ke kri_ipgkbm@yahoo.com.
Perkara yang ingin dikongsikan itu akan disiarkan di dalam blog ini dengan secepat yang mungkin dan akan ditapis oleh pihak kelab jika terdapat isu-isu sensitif seperti isu perkauman, politik dan sebagainya yang dapat mengundang pelbagai masalah. Oleh itu, jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi atau sewaktu dengannya, perkongsian anda akan ditapis dan mungkin tidak akan diterima terus oleh pihak kelab untuk disiarkan di dalam blog ini.
Saya berharap agar Kelab Rakan Islah akan terus menerajui kegemilangannya di IPG KBM untuk meningkatkan penyebarannya dalam aktiviti-aktiviti kerohanian yang dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri para pelajar institut. Sekian sahaja daripada Biro Penerbitan Kelab Rakan Islah.

No comments:

Post a Comment

ceriakan laman ini dengan komen anda.