Followers

Sunday 17 June 2012

Semester Baharu Bermula dengan Sambutan Israk Mikraj


Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah kerana tiga minggu cuti semester telah pun menutup tirainya. Semoga ibadah dan amalan ketika bercuti mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah Swt. Untuk pengetahuan semua, Karnival Gerak Kerja Kokurikulum  (KAGUM) telah diadakan pada waktu cuti semester ini dan dilaksanakan di IPG Kampus Perlis, Perlis. Malah saya sendiri telah menghadiri program tersebut sebelum ke program seterusnya di Sabah.

Diharapkan dengan bermulanya semester yang baharu ini, kita dapat sentiasa beramal soleh dan lebih bertaqwa kepada Allah Swt. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kita pada semester baharu ini dengan sempurna. Tambahan lagi, permulaan semester ini disambut dengan sambutan Israk dan Mikraj yang menjadi salah satu peristiwa penting dan bersejarah dalam kalendar Islam.

Apabila kita berbicara mengenai Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

  1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. 


Ketahui lebih lanjut mengenai Israk dan Mikraj ini di sini.

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah.

Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

Sekian,
dipetik daripada Petikan Artikel iluvislam.com

Wednesday 23 May 2012

Selamat Bercuti

Assalamualaikum & Salam Perpaduan Ummah

manfaatkan cuti anda


Minggu ini adalah minggu yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu kerana minggu ini adalah minggu terakhir bagi Ujian Akhir Semester. Jadi, seluruh pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu akan pulang ke kampung halaman masing-masing sama ada di utara, selatan, timur dan borneo.

berhati-hati ketika memandu
Kelab Rakan Islah mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu dan IPG di seluruh negara. Maanfaatkan cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah dan jadikan cuti ini sebagai waktu untuk sentiasa mengigatiNya dengan sentiasa bertawajuh dan beramal soleh selain mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Selamat Bercuti & Berhati-hati di Jalan Raya.
jangan lupa untuk membaca doa ini ketika menaiki kenderaan

Sekian, 
Biro Penerbitan & Multimedia Kelab Rakan Islah

Wednesday 16 May 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan!



Pihak Kelab Rakan Islah, IPG Kampus Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu. Diharapkan dengan keyakinan dan kesungguhan kita dalam menghadapi segala kesusahan dan cabaran ketika sesi kuliah dan praktikum di sekolah, kita dapat menimba sedikit pengalaman dan pembelajaran yang akan membantu kita untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.


InsyaAllah, jika kita tidak mengenal erti jemu ketika mengulangkaji pelajaran dan bersungguh-sungguh untuk berusaha ke arah yang lebih cemerlang, Allah akan sentiasa membantu dan menolong kita ke arah yang ingin kita kecapi. Sesungguhnya Allah itu Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Allah Swt akan terus membantu kita jika kita yakin bahawa Allah Swt sahajalah tempat kita bergantung dan berharap. Tiada Tuhan Selain Allah & Nabi Muhammad Pesuruh Allah.


Sekian,
Biro Penerbitan & Multimedia Kelab Rakan Islah

Perlantikan Pemangku & Ahli Baharu Kelab

Assalamualaikum wrt.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia Allah Swt pihak Kelab Rakan Islah telah mengadakan satu perjumpaan bersama ahli-ahli kelab yang telah diadakan di Surau At-Taqwa, IPG Kampus Bahasa Melayu pada 8 Mei 2012 bersamaan dengan 18 Jamadilakhir 1433h. Perjumpaan yang diadakan pada hari selasa ini, dimulakan pada pukul 9.30 malam selepas Solat Isyak.


Tujuan perjumpaan tersebut diadakan untuk melantik ahli baharu yang diserap masuk setelah mengadakan mesyuarat Syura bersama Majlis Jawatankuasa Tertinggi Kelab Rakan Islah. Tahniah diucapkan kepada ahli kelab yang baharu kerana berjaya dipilih untuk menerajui kelab ini.


Selain itu, mesyuarat Syura telah bersetuju melantik beberapa ahli jawatankuasa yang sedia ada untuk menjadi pemangku kepada jawatankuasa yang terlibat. Oleh kerana, terdapat ahli Majlis Jawatankuasa Tertinggi dan Ketua-ketua Biro terdiri daripada pelajar daripada Semester 5, jadi pemangku-pemangku ini dilantik terlebih dahulu bagi memberikan peluang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan jawatan yang akan dipegang nanti.


Carta Organisasi Kelab Rakan Islah juga telah dikemaskini dengan dan boleh di rujuk di sini. Besarlah harapan pihak Kelab Rakan Islah dengan perlantikan ahli baharu dan perlantikan pemangku-pemangku yang telah dipilih agar Visi dan Misi Kelab Rakan Islah akan tercapai dan seterusnya menjadi sebuah kelab kerohanian yang menjadi pemangkin dan menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti dakwah & kerohanian di IPG Kampus Bahasa Melayu.


Sekian,
Biro Penerbitan & Multimedia KRI.

Saturday 24 March 2012

Tahsin Solat Siri '4' 2012

Assalamualaikum. Sila ambil perhatian kepada pelajar PPISMP 2 Ambilan Jun 2011 yang beragama Islam. Anda dikehendaki untuk mengikuti Program Tahsin Solat. Maklumat program seperti yang berikut:

PROGRAM: TAHSIN SOLAT 2012
HARI: SABTU & AHAD
TARIKH: 31 MAC 2012 & 1 APRIL 2012
TEMPAT: SURAU AT-TAQWA
GOLONGAN SASARAN: PELAJAR PPISMP 2 AMBILAN JUN 2011 YANG BERAGAMA ISLAM

# ANDA DIKEHENDAKI AGAR:
1.BERPAKAIAN SOPAN SERTA MENUTUP AURAT(SEPANJANG PROGRAM) 
2.MEMBAWA KAIN SEMBAHYANG, KASUT SUKAN, ALATAN MANDIAN,
TAFSIR AL-QURAN(JIKA ADA)
3.MEMBAWA DUIT SEBANYAK RM5 UNTUK PENDAFTARAN 
4.BERHUBUNG DENGAN Abdul Khalim Razak bin Abdul Razak(muslimin), 
Nazra Nazara & Qurratu Aini Jumaan(muslimah) jika mempunyai sebarang 
pertanyaan
5.Perbetulkan niat anda agar ikhlas mengikuti program tersebut kerana 
Allah SWT.

Kerjasama dari pihak anda(PPISMP 2) kami dahulukan ucapan terima kasih. Insya-Allah, kita jumpa di sana.

Saturday 25 February 2012

Apa itu Islam??

apa itu Islam? apa yang kita nak jawab? mesti macam2 yang kita akan jawab.. Islam itu indah, Islam itu agama yang mewajibkan kita solat lah & macam lagi.. subhanallah.. adakh jawapan ini sahaja yang kita perlu berikan? sebenarnya Nabi Muhammad Saw telah mengajarkan kepada kita apa itu islam. 


Islam itu adalah mengucap dua khalimah syahadat "Ashhadu Allaaila Haillallahh, Waashhadu Annamuhammadar rasulullah".. Islam itu adalah kau mendirikan solat Lima waktu "Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak". Islam itu adalah kau berpuasa di bulan Ramadhan. Islam itu adalah kau Membayar zakat " Zakat Firah-Zakat Harta ". Islam itu adalah kau mengerjakan haji di Makkah bagi mereka yang mampu.


Itulah rukun Islam yg telah diajarkan oleh Nabi Muhammad Saw. senang bukan? jadi inilah jawapan terbaik untuk kita menjawab persolan tentang apa itu Islam.. Soalan ini pernah ditanyakan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad Saw. dalam sebuah Hadist Dari `Umar R.a ia berkata:

Pada suatu hari ketika kami duduk di dekat Rasulullah Saw tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya sangat hitam.

Pada dirinya tidak tampak bekas dari perjalanan jauh dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya.

Kemudian ia duduk di hadapan Nabi Saw lalu menyandarkan kedua lututnya ke lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha beliau lantas berkata:


Wahai Muhammad terangkanlah kepadaku tentang Islam. Rasulullah Saw pun menjawab: "Islam adalah engkau bersaksi bahwa tiada sesembahan yang benar kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah kemudian engkau mendirikan shalat membayar zakat berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah jika engkau mampu mengerjakannya."

Orang itu berkata "Engkau benar." Kami menjadi hairan karana ia yang bertanya dan ia pula yang membenarkannya.

Orang itu bertanya lagi. "Terangkanlah kepadaku tentang Iman."
Rasulullah menjawab: "Yaitu engkau beriman kpd Allah Swt, beriman kpd para malaikatNya, beriman kpd kitab-kitabNya, beriman kpd para utusanNya, dan beriman kpd  Hari Akhirat. dan hendaklah engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk."

Orang tadi berkata lagi "Engkau benar" 
Lalu ia berkata "Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan":
Rasulullah menjawab: "Yaitu engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Lantas jika engkau tidak dapat beribadah seolah-olah melihatNya, sadarilah bahawa sesungguhnya Dia melihatmu."

Orang itu berkata lagi "Beritahukanlah kepadaku tentang Hari Kiamat." Baginda menjawab: "Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya."

Orang itu selanjutnya berkata: "Beritahukanlah kepadaku tanda-tandanya." Baginda menjawab: "Apabila budak wanita telah melahirkan tuannya dan engkau melihat orang-orang Badui yang bertelanjang kaki yang miskin dan merupakan penggembala domba telah berlumba-lumba meninggikan bangunan."

Kemudian orang itu pergi sedangkan aku tetap tinggal beberapa saat lamanya. Lalu Nabi Saw bersabda "Wahai `Umar tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu?"

Aku menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui." Lalu baginda bersabda: "Orang itu adalah Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian." 
(HR Muslim)

Lihat? Rasullullah menjawab apa itu Islam, Iman, Ihsan dan Tanda-tanda berlakunya kiamat. Subhanallah!

Saturday 18 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu
Anjuran Jabatan Pendidikan Islam & Moral dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan dengan kerjasama Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu.

Persembahan Khas oleh Kumpulan Nasyid Terkenal Tanah Air iaitu Rabbani.

Sila Haadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Majlis ini. Semoga Allah Memberkati dan Merahmati perjalanan Majlis ini dengan memudahkan urusan dan perjalanan program.

InsyaAllah. Amin.

Thursday 12 January 2012

Forum Agama "Aurat : Bukan Sekadar Rupa dan Aurat"


Datanglah beramai-ramai memeriahkan majlis Forum Agama "Akhlak : Bukan Sekadar Rupa dan Aurat"

Sunday 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Bermulanya tahun baharu Hijrah, kita perlu memulakan dengan azam yang baharu. Azam yang baharu akan memandu kita untuk lebih baik dan sempurna dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, bersempena tahun baharu Hijrah 1433 bersamaan 2011 Masihi, marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita dan sentiasa dalam ketaqwaan kepada-Nya. InsyaAllah dengan azam yang baharu kita akan tidak akan tersesat ke jalan yang berbangkang bengkok dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak menyalahi syariat dan hukum Islam.


Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42


seharusnya kita patut bersyukur kepada Allah Swt kerana memberikan kehidupan kepada kita untuk sentiasa beribadah kepada-Nya. Nikmat yang diberikan oleh Allah Swt ini seharusnya kita gunakan dengan sebaik-baiknya dan perlu digunakan untuk meningkatkan ketaqwaan dan amalan kita kepada-Nya untuk bekalan kita nanti.


"Hijrah Membentuk Kesatuan Ummah"

Thursday 13 October 2011

Kelebihan dan adab-adab Solat Jumaat


 Sudah diketahui umum bahawa hari Jumaat adalah penghulu bagi sekalian hari dan merupakan hari yang dibesarkan oleh Allah S.W.T khususnya bagi mereka yang beragama Islam.

Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Jumu’ah ayat ke 9,mafhumnya :-

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa keuzuran, akan ditanda/dicop dihatinya oleh Allah S.W.T.” (Hr Ahmad - hasan)

Contoh-contoh keuzuran : hujan, jalan yang lecah, sakit, merawat pesakit apabila tiada penjaga bagi pesakit tersebut dan lain-lain.


Diantara adab-adab solat Jumaat :

v DISUNATKAN mandi sunat Jumaat sebelum solat Jumaat.

v DISUNATKAN memotong bulu-bulu @ rambut, kuku, misai, memakai wangian dan memakai seelok-elok pakaian.

v DISUNATKAN segera ke masjid untuk solat Jumaat sebelum azan kedua diperdengarkan.

v JANGAN melangkah atau berjalan diantara makmum kecuali terdapat saf-saf kosong di depan.

v SOLAT 2 rakaat (tahiyatul masjid) sekalipun khatib sedang membaca khutbah.

v SEELOKNYA duduk berdekatan dengan tiang atau dinding masjid supaya lebih khusyu’.

v MENAHAN dengan tangan jika ada makmum lain melintasi kita ketika kita sedang solat.

v SUNAT mencari saf pertama untuk mendapat fadhilat yang lebih besar dan dekat dengan khatib untuk mendengar.

v MAKRUH solat di pasar (berdekatan masjid) atau dihalaman masjid.

v JANGAN bercakap ketika khatib sedang membaca khutbah.

v MENJAWAB azan, kemudian dengar khutbah dengan khusyu’.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang berkata kepada sahabatnya ketika khatib sedang membaca khutbah walaupun berkata diam maka sesungguhnya akan habis pahala baginya dan tiada baginya akan pahala Jumaat” (Hr Nasaie - sahih)
v MENASIHATI mereka yang sedang bercakap ketika khutbah dengan menggunakan isyarat atau baling batu.

v Dilarang memberi sedekah ketika imam sedang memberi khutbah.

pakai pakaian yang sopan


khusyuk ketika solat

Daripada: mimz

Mauizatul Mukminin (m/s 81)

04 March 2009