Followers

Sunday 31 July 2011

KUMPULAN TADARUS AL QURAN 30 JUZUK

SEMPENA BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Pihak Surau At-Taqwa akan menganjurkan kumpulan tadarus Al-Quran 30 juzuk setiap malam selepas solat sunat tarawikh sehinnga penghujung bulan Ramadhan Al Mubarak.

Pada Rmadhan tahun lalu, Kumpulan ini berjaya mengkhatamkan hampir tiga kali khatam Al-Quran 30 Juzuk. Secara purata, setiap malam, Alhamdulillah, 2 hingga 3 juzuk berjaya dihabiskan oleh para peserta yang sentiasa komited dan istiqamah pada setiap malam di bulan Ramadhan.

Modul yang digunakan adalah dari Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis dan dibawah kelolaan penuh Saudara Muhaimin Zaki dan Mohd Noor Haswad bin Othman.

Bagi pelajar yang berminat untuk menyertai kumpulan tadarus ini, bolehlah menghubungi:
En. Mohamad Muhaimin b Hj Md Zaki
En. Mohd Noor Haswad b Othman

pelancaran kumpulan tadarus ini akan dibermula pada 28 JULAI 2011 selepas solat Isyak di Surau At-Taqwa. Makanan moreh akan disediakan oleh pihak penganjur sepanjang program ini berlangsung.

"BERSAMA MELAHIRKAN GENERASI PENDIDIK AKADEMIK MAHIR AL QURAN"

Thursday 21 July 2011

KEISTIMEWAAN RAMADHAN


penguguman puasa : jika ingin mendengar dengan jelas sila stop muzik di bawah sekali.

Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.

(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.

(Hadis riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.

(Hadis riwayat Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.

(Hadis Riwayat Ahmad)
Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:

>Keistimewaan Bulan Ramadhan
>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
>Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama

iskandar zulkarnaindisertasi.blogspot

Tuesday 19 July 2011

ASAS SAHSIAH Siri '06 2011 (ASAH '06)



Alhamdulillah kerana Kelab Rakan Islah berjaya mengadakan program Asas Sahsiah Siri '06 2011 (ASAH '06) pada tahun ini. Tahniah kepada moderator Saudara Ahmad Mursyed kerana mengetuai program ini. Dan tahniah juga kepada Pengarah program, saudara Aiman dan Penolong Pengarah, Saudari Aimi kerana menjayakan program ini dengan lancar dan sempurna. terima kasih yang tak terhingga kepada fasilitator, MT KRI dan AJK yang terlibat dalam mengendalikan ASAH '06 ini.


Ahmad Mursyed (moderator)
Noor Aiman (Pengarah Program)
Program ini bermula pada 15 hingga 17 Julai 2011. Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan program wajib untuk pelajar baharu iaitu PPISMP Semester 1 pada setiap tahun kemasukan. Program ini sepenuhnya dilaksanakan di Surau At-Taqwa IPG Kampus Bahasa Melayu. Terima kasih juga kepada pihak surau yang banyak membantu.


Perasmian Penutupan dihadiri oleh Pengarah IPG KBM,Yang Berbahagia Toh Dr. Fowzia binti Osman, Pemangku Timbalan Pengarah, Dr. Ali bin Mahmood dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Ustaz Lufti bin Ahmad. Perasmian dilaksanakan sendiri oleh Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Setinggi penghargaan diucapkan kepada beliau kerana sudi merasmikan program ini.




Pengerusi KRI dan Pengarah IPG KBM bersama Pemangku Timbalan Pengarah

Peserta dan Fasilitator Muslimin


Peserta dan Fasilitator Muslimat

Friday 1 July 2011

Malam Simfoni Lautan Kasih








Malam simfoni kasih kasih berlangsung dengan meriahnya pada 1/7/2011 tepat jam 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam di Dewan Za'ba yang bertemakan 'Lautan Biru'. Alhamdulillah walaupun terdapat sedikit masalah ketika majlis tersebut dijalankan namun majlis tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa-jawantan kuasa yang terlibat. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh saudara Rashidee mantan Pengerusi KRI 2009-2011 kemudian diteruskan dengan ucapan saudara mursyed Pengerusi KRI 2011-2013. ucapan perasmian pula dilaksanakan oleh Dr. Ali bin Mohmood, memangku Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Tayangan video korporat yang disediakan oleh AJK Multimedia pula dipersembahkan kepada hadirin semua. Video tersebut memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh KRI dari tahun 2009 hinggalah pada tahun ini.

Lebih kurang pukul 9.45 malam hadirin dijemput untuk menjamu selera yang disediakan oleh AJK Jamuan. Pelbagai juadah disediakan pada malam tersebut. Antaranya ialah sate, nasi beriani, daging rendang, gulai ayam, dadih cinta dan banyak lagi. Disamping hadirin menjamu selera, persembahan video "JANJI ALLAH ITU PASTI" dipersembahkan. Video itu merupakan hasil daripada lakonan oleh mantan-mantan KRI. Selain itu, persembahan nasyid turut dipersembahkan dengan mendendangkan tiga buah lagu nasyid oleh mantan-mantan KRI juga.

Sesi pelancaran jaket rasmi KRI, penyampaian sijil dan watikah perlantikan dilaksanakn oleh Dr. Ali bin Mahmood kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi baharu KRI, saudara Mursyed dan saudari Adibah. Kemudian penyampaian hadiah kepada mantan dan tetamu dilaksanakan oleh saudara Mursyed. Akhir sekali Sesi Klik-Klik atau sesi bergambar untuk mantan-mantan KRI dan sesi bergambar antara mantan dan ahli KRI.

Alhamdulillah selesailah sudah majlis Malam Simfoni Lautan Kasih tersebut.  Untuk pengatahuan semua, Malam Simfoni Lautan Kasih merupakan salah satu majlis tradisi bagi Kelab Rakan Islah, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk meraikan ahli-ahli kelab yang telah berkhidmat dan berusaha saban hari memacu kecemerlangan dan kegemilangan institut ini.