Followers

Wednesday 23 May 2012

Selamat Bercuti

Assalamualaikum & Salam Perpaduan Ummah

manfaatkan cuti anda


Minggu ini adalah minggu yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu kerana minggu ini adalah minggu terakhir bagi Ujian Akhir Semester. Jadi, seluruh pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu akan pulang ke kampung halaman masing-masing sama ada di utara, selatan, timur dan borneo.

berhati-hati ketika memandu
Kelab Rakan Islah mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu dan IPG di seluruh negara. Maanfaatkan cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah dan jadikan cuti ini sebagai waktu untuk sentiasa mengigatiNya dengan sentiasa bertawajuh dan beramal soleh selain mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Selamat Bercuti & Berhati-hati di Jalan Raya.
jangan lupa untuk membaca doa ini ketika menaiki kenderaan

Sekian, 
Biro Penerbitan & Multimedia Kelab Rakan Islah

Wednesday 16 May 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan!



Pihak Kelab Rakan Islah, IPG Kampus Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu. Diharapkan dengan keyakinan dan kesungguhan kita dalam menghadapi segala kesusahan dan cabaran ketika sesi kuliah dan praktikum di sekolah, kita dapat menimba sedikit pengalaman dan pembelajaran yang akan membantu kita untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.


InsyaAllah, jika kita tidak mengenal erti jemu ketika mengulangkaji pelajaran dan bersungguh-sungguh untuk berusaha ke arah yang lebih cemerlang, Allah akan sentiasa membantu dan menolong kita ke arah yang ingin kita kecapi. Sesungguhnya Allah itu Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Allah Swt akan terus membantu kita jika kita yakin bahawa Allah Swt sahajalah tempat kita bergantung dan berharap. Tiada Tuhan Selain Allah & Nabi Muhammad Pesuruh Allah.


Sekian,
Biro Penerbitan & Multimedia Kelab Rakan Islah

Perlantikan Pemangku & Ahli Baharu Kelab

Assalamualaikum wrt.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia Allah Swt pihak Kelab Rakan Islah telah mengadakan satu perjumpaan bersama ahli-ahli kelab yang telah diadakan di Surau At-Taqwa, IPG Kampus Bahasa Melayu pada 8 Mei 2012 bersamaan dengan 18 Jamadilakhir 1433h. Perjumpaan yang diadakan pada hari selasa ini, dimulakan pada pukul 9.30 malam selepas Solat Isyak.


Tujuan perjumpaan tersebut diadakan untuk melantik ahli baharu yang diserap masuk setelah mengadakan mesyuarat Syura bersama Majlis Jawatankuasa Tertinggi Kelab Rakan Islah. Tahniah diucapkan kepada ahli kelab yang baharu kerana berjaya dipilih untuk menerajui kelab ini.


Selain itu, mesyuarat Syura telah bersetuju melantik beberapa ahli jawatankuasa yang sedia ada untuk menjadi pemangku kepada jawatankuasa yang terlibat. Oleh kerana, terdapat ahli Majlis Jawatankuasa Tertinggi dan Ketua-ketua Biro terdiri daripada pelajar daripada Semester 5, jadi pemangku-pemangku ini dilantik terlebih dahulu bagi memberikan peluang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan jawatan yang akan dipegang nanti.


Carta Organisasi Kelab Rakan Islah juga telah dikemaskini dengan dan boleh di rujuk di sini. Besarlah harapan pihak Kelab Rakan Islah dengan perlantikan ahli baharu dan perlantikan pemangku-pemangku yang telah dipilih agar Visi dan Misi Kelab Rakan Islah akan tercapai dan seterusnya menjadi sebuah kelab kerohanian yang menjadi pemangkin dan menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti dakwah & kerohanian di IPG Kampus Bahasa Melayu.


Sekian,
Biro Penerbitan & Multimedia KRI.