Followers

Logo Kelab





1. Warna hijau

- Merupakan warna kesukaan Nabi Muhammad S.A.W. serta 

melambangkan

ketenangan dan semangat bersatu hati sesama ahli kelab.

2. Warna putih

- Melambangkan hati yang bersih serta suci yang dimiliki oleh 

setiap ahli.


3. Al-Quran

- Merupakan perlembagaan atau panduan utama kelab.

4. Bingkai al-quran

- Melambangkan kesucian al-Quran akan sentiasa dipelihara 

sampai bila-bila

walau apa pun yang terjadi.

5. Logo IPG Kampus Bahasa Melayu

- Memberi erti bahawa Kelab Rakan Islah merupakan salah 

sebuah kelab yang terletak di 

bawah pentadbiran IPG Kampus Bahasa Melayu serta akan 

sentiasa mematuhi peraturan dan

 arahan pihak pentadbiran selagi tidak bertentangan dengan 

Islam.

6. ‘2007’

- Sebagai simbolik tahun penubuhan Kelab Rakan Islah.

7. Bingkai bersegi lapan

- Segala cabaran dan masalah akan dihadapi bersama oleh 

semua ahli serta melambangkan 

hubungan yang erat antara Kelab Rakan Islah dengan 

seluruh warga IPG Kampus Bahasa 

Melayu di bawah satu bumbung yakni Islam.