Followers

Wednesday 16 May 2012

Perlantikan Pemangku & Ahli Baharu Kelab

Assalamualaikum wrt.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia Allah Swt pihak Kelab Rakan Islah telah mengadakan satu perjumpaan bersama ahli-ahli kelab yang telah diadakan di Surau At-Taqwa, IPG Kampus Bahasa Melayu pada 8 Mei 2012 bersamaan dengan 18 Jamadilakhir 1433h. Perjumpaan yang diadakan pada hari selasa ini, dimulakan pada pukul 9.30 malam selepas Solat Isyak.


Tujuan perjumpaan tersebut diadakan untuk melantik ahli baharu yang diserap masuk setelah mengadakan mesyuarat Syura bersama Majlis Jawatankuasa Tertinggi Kelab Rakan Islah. Tahniah diucapkan kepada ahli kelab yang baharu kerana berjaya dipilih untuk menerajui kelab ini.


Selain itu, mesyuarat Syura telah bersetuju melantik beberapa ahli jawatankuasa yang sedia ada untuk menjadi pemangku kepada jawatankuasa yang terlibat. Oleh kerana, terdapat ahli Majlis Jawatankuasa Tertinggi dan Ketua-ketua Biro terdiri daripada pelajar daripada Semester 5, jadi pemangku-pemangku ini dilantik terlebih dahulu bagi memberikan peluang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan jawatan yang akan dipegang nanti.


Carta Organisasi Kelab Rakan Islah juga telah dikemaskini dengan dan boleh di rujuk di sini. Besarlah harapan pihak Kelab Rakan Islah dengan perlantikan ahli baharu dan perlantikan pemangku-pemangku yang telah dipilih agar Visi dan Misi Kelab Rakan Islah akan tercapai dan seterusnya menjadi sebuah kelab kerohanian yang menjadi pemangkin dan menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti dakwah & kerohanian di IPG Kampus Bahasa Melayu.


Sekian,
Biro Penerbitan & Multimedia KRI.

No comments:

Post a Comment

ceriakan laman ini dengan komen anda.