Followers

Friday 1 July 2011

Malam Simfoni Lautan Kasih








Malam simfoni kasih kasih berlangsung dengan meriahnya pada 1/7/2011 tepat jam 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam di Dewan Za'ba yang bertemakan 'Lautan Biru'. Alhamdulillah walaupun terdapat sedikit masalah ketika majlis tersebut dijalankan namun majlis tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa-jawantan kuasa yang terlibat. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh saudara Rashidee mantan Pengerusi KRI 2009-2011 kemudian diteruskan dengan ucapan saudara mursyed Pengerusi KRI 2011-2013. ucapan perasmian pula dilaksanakan oleh Dr. Ali bin Mohmood, memangku Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Tayangan video korporat yang disediakan oleh AJK Multimedia pula dipersembahkan kepada hadirin semua. Video tersebut memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh KRI dari tahun 2009 hinggalah pada tahun ini.

Lebih kurang pukul 9.45 malam hadirin dijemput untuk menjamu selera yang disediakan oleh AJK Jamuan. Pelbagai juadah disediakan pada malam tersebut. Antaranya ialah sate, nasi beriani, daging rendang, gulai ayam, dadih cinta dan banyak lagi. Disamping hadirin menjamu selera, persembahan video "JANJI ALLAH ITU PASTI" dipersembahkan. Video itu merupakan hasil daripada lakonan oleh mantan-mantan KRI. Selain itu, persembahan nasyid turut dipersembahkan dengan mendendangkan tiga buah lagu nasyid oleh mantan-mantan KRI juga.

Sesi pelancaran jaket rasmi KRI, penyampaian sijil dan watikah perlantikan dilaksanakn oleh Dr. Ali bin Mahmood kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi baharu KRI, saudara Mursyed dan saudari Adibah. Kemudian penyampaian hadiah kepada mantan dan tetamu dilaksanakan oleh saudara Mursyed. Akhir sekali Sesi Klik-Klik atau sesi bergambar untuk mantan-mantan KRI dan sesi bergambar antara mantan dan ahli KRI.

Alhamdulillah selesailah sudah majlis Malam Simfoni Lautan Kasih tersebut.  Untuk pengatahuan semua, Malam Simfoni Lautan Kasih merupakan salah satu majlis tradisi bagi Kelab Rakan Islah, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk meraikan ahli-ahli kelab yang telah berkhidmat dan berusaha saban hari memacu kecemerlangan dan kegemilangan institut ini.

2 comments:

  1. Janji ALLAH itu pasti..",
    Syabas dan tahniah buat semua..ALhamdulillah..^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu Q-Ratu aini..=)

    ReplyDelete

ceriakan laman ini dengan komen anda.