Followers

Tuesday 19 July 2011

ASAS SAHSIAH Siri '06 2011 (ASAH '06)



Alhamdulillah kerana Kelab Rakan Islah berjaya mengadakan program Asas Sahsiah Siri '06 2011 (ASAH '06) pada tahun ini. Tahniah kepada moderator Saudara Ahmad Mursyed kerana mengetuai program ini. Dan tahniah juga kepada Pengarah program, saudara Aiman dan Penolong Pengarah, Saudari Aimi kerana menjayakan program ini dengan lancar dan sempurna. terima kasih yang tak terhingga kepada fasilitator, MT KRI dan AJK yang terlibat dalam mengendalikan ASAH '06 ini.


Ahmad Mursyed (moderator)
Noor Aiman (Pengarah Program)
Program ini bermula pada 15 hingga 17 Julai 2011. Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan program wajib untuk pelajar baharu iaitu PPISMP Semester 1 pada setiap tahun kemasukan. Program ini sepenuhnya dilaksanakan di Surau At-Taqwa IPG Kampus Bahasa Melayu. Terima kasih juga kepada pihak surau yang banyak membantu.


Perasmian Penutupan dihadiri oleh Pengarah IPG KBM,Yang Berbahagia Toh Dr. Fowzia binti Osman, Pemangku Timbalan Pengarah, Dr. Ali bin Mahmood dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Ustaz Lufti bin Ahmad. Perasmian dilaksanakan sendiri oleh Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Setinggi penghargaan diucapkan kepada beliau kerana sudi merasmikan program ini.




Pengerusi KRI dan Pengarah IPG KBM bersama Pemangku Timbalan Pengarah

Peserta dan Fasilitator Muslimin


Peserta dan Fasilitator Muslimat

1 comment:

  1. "Umat Islam harus cemerlang..Hari ini mesti lebih baik dari semalam.."

    Tahniah dan syabas buat semua..Sebarang kebaikan kekalkan, dan jika ada kelemahan kita perbaiki sama2..=)

    ReplyDelete

ceriakan laman ini dengan komen anda.