Followers

Wednesday 16 May 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan!



Pihak Kelab Rakan Islah, IPG Kampus Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu. Diharapkan dengan keyakinan dan kesungguhan kita dalam menghadapi segala kesusahan dan cabaran ketika sesi kuliah dan praktikum di sekolah, kita dapat menimba sedikit pengalaman dan pembelajaran yang akan membantu kita untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.


InsyaAllah, jika kita tidak mengenal erti jemu ketika mengulangkaji pelajaran dan bersungguh-sungguh untuk berusaha ke arah yang lebih cemerlang, Allah akan sentiasa membantu dan menolong kita ke arah yang ingin kita kecapi. Sesungguhnya Allah itu Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Allah Swt akan terus membantu kita jika kita yakin bahawa Allah Swt sahajalah tempat kita bergantung dan berharap. Tiada Tuhan Selain Allah & Nabi Muhammad Pesuruh Allah.


Sekian,
Biro Penerbitan & Multimedia Kelab Rakan Islah

2 comments:

  1. InsyaALLAH.. Semoga kejayaan kita milik bersama.. da biarlah kejayaan yang dirahmati ALLAH..=)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. semoga peluang & ruang yang Allah berikan ini, kita lakukan dengan sehabis baik..

    ReplyDelete

ceriakan laman ini dengan komen anda.